13 July 2011

Nak bb baru please..

saya sedih kamo dah rosak bb bold! :(
betapa lama jiwa ni terseksa merana
sebulan lebih tau.. sebulan lebih!
sekarang ni aku guna nokia 1280 je.. sungguh!
kadang kalo ada call masuk aku boleh tak perasan
bunyi ringtone nokia classic tu tau lah kan
mana lah nak perasan kalo tgh kyusuk wat keje
betul kan, kann.. korang sokong aku kan..??
adala iphone tu tp hilang pulak tempat taruk sim nya
nak cari ganti baru tak tau mana nak tuju kat Pekanbaru ni
almaklum baru dekat 3mnths kat sini
tak banyak yg kami tau selok belok nya
yg byk barang palsu! haih

sungguh rasa tak lengkap!
hubby offer beli phone lain.. Ip4.. weehuuu!
memang nak NAk NAKKK sesangat
tp apakan daya harus la beli blackberry dulu
sbb aku dah amik sim kad pakej internet bb
agak rugi di situ bila tukar sim lain
lagi pulak macam lah duit tu hari2 turun dr langit

walaubagaimanapun
aku sgt2 berharap agar dapat miliki segera pengganti bb ku ini
aku dah kenen2 kat hubby blackberry torch white kaler
tukar lah pulak.. tak mau bold2 lg dah
ey cute je warna tu kan
tp tak tau lah hubby nak beli ke tak yg aku pengen ni
tak nak push dia sangat
ehehee
sampai masa pasti ada tu
kamo sabar ya nurul!
;-)

:( ni la dia bb yg dah hancusss!
nmpk mata kasar elok je, tp lansung xleh on dah
bila goncang kok kerekk kokk bunyi nya.. dh macam lagu dikir yg 1 itu
huhuuuu


to my beloved hubby - sekali ni je nak cakap, ganti baru ek sayang?
i lap u kering2.. muah! wkwkwk^_^

12 July 2011

Survey jati..^_^

Hello.. hello...!!
keta dah ada so langkah kaki lg panjang..
wkwkwkwk! ^_^
last sunday kami pi survey perabot jati di Rumbai..
perjalanan nya tak la jauh
about half an hour la dr rumah kami
memula kami masuk kedai pertama ni.. radja furniture, harga perabotnya agak mahal..
tp furnishing mmg tip top.. berkilat
then pi 2nd kedai.. harga agak lumayan jugak.. tp compare ngan kedai yg 1st tu..
beza mmg berbeza.... eheee!
tetiba rasa kedai 1st tu menepati citarasa ku.. cewah!
memula sampai sini aku ingat dekat indon ni jati murah2
hoh begok bangat!
mmg la murah, tp tempat asal dia la..
jgn harap la kat pekanbaru, jakarta & tempat lainnya murah
kalo korang nak shopping teak furniture ni pegi kat Jawa nun..
laaaagii murah! mengikut kata teman di sini..

sofa jati yg kami berkenan harga r13juta dong di Pekanbaru!
kalo convert nilai wang msia RM3900 hengget!
aim yg sgt hoh!! *sbb mahal kalo kira dlm juta2*
hmm... nape la mesti main juta2 kat sini ek..
wkwkwkk! ^^

kami plan nak beli sikit sbyk perabot di sini utk rumah kami di Malaysia..
kami pi tengok dua kedai aje pun..
malas nak pi byk2 kedai kang lg pening nak compare rege... huk!
belek punya belek berkenan yg satu ini.. tp quite big gak la..
gedabak besau kalo tgk dpn mata...
bila nak amik sz kecil, fikir balik mcm alang- alang..
rege jauh sikit je.. sikit2 pun beza r5juta
lg pulak yg sz kecil, kaki bangkunya kecik je..
kalo sz bdn mcm aku ni ddk bgn ddk bgn tak pasal2 aje..
agaknya tak sampai setahun dh longgar2 kerusi tu.. huhu
tp bila fikir 2x, ntah muat ke tidak agaknya ngan rumah kat malaysia tu nnt..
hmm... feninnn feninnn!
tp gasak je la.. lg pulak rumah kami sewa kat indon ni besau bagak...
kosong je nmpk kalo tak tambah satu set sofa...
tuan rumah kedaung ni dah la kudukut nak tambah perabot byk2
so nak tak nak kena beli la jugak..
besar kecik tak kira.. hehehe

jdnya, sofa jati yg satu ni dlm pertimbangan kami..
bentuk sebijik gini tp yg kami tempah yg kulit n black kaler..
hopefully dpt la siap sblm raya ni... boleh la melaram kan..
haha! dasarrrr...



nice or not??? hihi.. taste org tua ke ni..?? sbb ms kte survey dlm internet
bc dlm forum ada yg kata taste org tua yg mcm ni..
ish3! buta seni diorang kan... ;)
mcm la depa tak tua nnt.. huhu

10 May 2011

testing..testing...:)

Salam & selamat pg..
Festime nak update blog pakai phone ni..masih terkial2..sungguh!

Alhamdulillah,segalanya berjalan dgn baik..syukur ke hadrat Ilahi kami sekeluarga sudah selamat tiba di Indonesia..barangkali ada yg tak tahu kami sdh di sini..genap sebulan dh kami tinggalkan bumi Hong Kong..(bumi hutan batu kt org)hubby dh cross ke Pekan Baru..

Pasti ada yg tak tahu pekan baru ni area mana kan..sbbnya kan, nurul memula tu pun xtau ok..bkn nurul sorang tau..beberapa org lg..haha..sah malas belajar ini org!;p
Act kalo buka balik buku sejarah form 1 tau la pekan baru ni kat mana..tp tak kan la nak selak buku form 1 balik..korang ni agak2 la..gugel je okay..huk!

Tp xpe,kte kasi intro sket dulu la k..
Pekan Baru ni adalah ibu negeri pd Riau.Riau ni sebuah negeri dan terletak di Sumatera..haa..sebut sumatera baru tau ek..?!hihi..
Alah mcm Msia la..dlm negara,ada negeri dlm negeri ada ibu negeri..dan lain2 yg seangkatan la..pekan baru ni mcm bandar kat Msia tau..sejibik ok..yg dpt nurul katakan ianya tak ubah mcm suasana di Kajang..betulll..
Masa bebaru nurul sampai sini rs mcm balik kg sndiri je..berbeza sungguh dr Hong Kong dulu..
betul lah kata org "jauh berjalan,luas pemandangan..kan kan..??

Hmm okela,benti sat na..mata ni dh berpinau tgk hp ni..act byk lg nak cerita tp nnt2 la..sambung di entry seterusnya je..:)
Ok kome,teman tarik diri dulu..daa daaa
(ni style org sini say bye..)Huk!

09 February 2011

sunnah Nabi s.a.w - potong kuku & pakai cincin



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info :

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj.
sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di :-

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.

13 January 2011

st0k maggi sampai sudah!

yeay! sampai sudah st0k maggi kami..
semalam cik abe pi amik stok ni kat rumah sorang kawan..
pegawai baru kat sini..
kebetulan org baru ni berbesan dgn bapa saudara saya..
what a small w0rld! kan??! jumpa & kenal kat sini..hmm
act kontena dia dah sampai HK last week..
kami tak de kirim yg lain..
maggi je..sampai 3 kotak hokeh!
makan ke melantak ni! hahaha
kami makan bukan melantak ekk..
macam rempah kari ke,asam jawa ke,
brg2 kering yg lain nan ad0 kirim..
dah alm0st 5yrs kami kat Hong Kong ni..
sume kami boleh terima dah..
tekak ni pun dah immune ngan apa2 bentuk makanan kat sini..
yg hareyy?? k0rang ni agak-agak la..
ada gak yg kena penale ni..haih.

kami punya stok utk 2-3bln kedepan..:)
sempat 2 bln ke???

1 pack dh clearr..^^

brand maggi mmg feberet no 1 kami..
brand mee segera yg lain mcm kureng la pd kami..
apa? buat makan hari2? hishhh..tak la...
ni stok kami masa lapar dan malas masak aje..
xde la 0bses sgt sampai nak makan hari2 kan..
tak el0k tau makan mee segera selalu..;p

12 January 2011

Queen aNNE.


hehe..ye! hobi terbaru saya dan En.Payed..
sebijik macam makcik2 ek?!
beli pinggan mangkuk bagai..
apa kes?! hihihi
ntah le k0me, semenjak dah kawen dan dah ada anak3 ni
mind kami suami isteri asyik fikir nak tambah barang2 rumah aje..
kuali periuk belanga kureng sikit..
ada serba satu dah cukup pd kami..
tp bab2 pinggan mangkuk ni bernafsu sikit lah..haiyo0..
la ni upgrade sikit la..
kami sepakat nak tambah sikit2 set tableware ni..
1st time saya tgk koleksi Queen Anne ni saya terus jatuh chenta!
siyes tau! hihii

btw thanks utk En Payed juga sbb sudi berkongsi minat ngan saya..hihii
tanpa dia siapalah yg nak keluarkan duit bayar sume bendalah ni kan..
saya??? haiy0..manade duit! huhuhu ;p

yg mana dapat pi 0r stay kat UK mesti best..
Queen Anne mmg murah giler kat sana.
betul! mmg murah..beli kat kilang dia terus je..
uff..kalo la suami saya cr0ss p0sting kesana..sh0rga!
bila2 masa je saya boleh ship kan utk kome yg nak..hihi..

0k m0h layan set tableware yg dah tersimpan dlm g0b0k saya ni
Actually,ada kakak sy ni nak tgk set Queen AnNe yg saya beli masa boxing day sale tempoh hari..
kal0 tak de sale tak mampu le makcik nak beli u0ls..mahal seyh!
to kak r0se,haa pueh hati dah! suruh mr Mama tgk kat sini ye..
dah clear habis dh ni..
malas nak masuk kat muka buku
enj0y lo0king hoccay! :)

we bought this 0n 'boxing day sale' tempoh hari..
puas hati dgn harga ditawarkan..;)
Oblong Casserole - r0yal pattern (tak byk pun pattern ni kat sini)
Oval casserole with warmer - r0man pattern ( N m0stly pattern ni yg ada kat HK)
oblong tray
yeah!0ur c0llecti0n..beli utk l0ng term usage!
kahwin anak2 nnt dah ada utk buffet..:)
muka mak dara N cin0Net di hari kejadian! ;)
wah!sempat lagik..

11 January 2011

Suami Isteri perlu ROMANTIK! :)

tips nie nurul copy paste aje..hehehehe sharing is caring rite??

SIKAP romantik suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam.
Ia adalah penyubur kasih sayang antara suami isteri.
Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan anak serta cucu sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis.
Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan:-

- Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami yang hendak keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian.
- Mendakap isteri ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.
- Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri.
- Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai
- Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.
- Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan isteri jauh di belakang.

Petua mengekalkan sifat romantis:-

- Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
- Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.
- Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.
- Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.* Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.* Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu.
Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya
membek
as di hati.

S.E.J.U.K + Angin

hye, hey, heLl0...!! :-)
gud morning sume...
grrrr..!!!hari yang sangat sejuk dan perut yg sentiasa lapar!
nak buat kerja rumah pun jadi malas dgn situasi yg sejuk begini..
suhu di luar skrg 9 darjah celcius..Haiy0!
sejuk lain mcm la Hong Kong ni..
walaupun xde salji..tp sepanjang hari berangin..
ni pakai baju berlapis-lapis pun still rasa sejuk lagik..
rasa nak baring aje dpn heater ni..
takm0 buat keje rumah..huhu..boley?? ;p

isk mcm mana la ek 0rg yg duduk kat tempat yg bersalji tu..
yg suhunya bel0w negatif..
haiya..beku mak uols kalo kat tempat camtu..
tak sanggup rasanya!
beshnya Malaysiaku tanpa ada winter!

0k la ek..nak st0p dulu..
nak siap-siap bahan utk masak dulu
s0 babai for n0w..!! ;)

07 January 2011

Update pertama di tahun twenty eleven!

cho san & ni hou!
hokeh! pn nurulz cuba utk berblogging semula ye..hihii

korang semua apa khabar? harap semuanya baik2 saja..
(cet,ayat skema sungguh!)
korang sila le jawap di bahagian komen ok..
lama sangat dah tak berblogging..rindu kat kwn2 blogger semua..seyes!
sampaikan keyboard hitam kesayangan ni pun berkulat lapok dah!
(tipu sgt le ni..;p)

hmm..pejam celik dah di tahun dua ribu sebelas kita skrg ye
wah! tolak tambah ada sembilan tahun lg le kita nak capai wawasan d0plo dopl0!
hmm..cepatnya masa berlalu..kan??
bila tahun dah berganti usia kita pun makin bertambah le
bila dah bertambah usia,hari mati kita pun makinlah dekat ye tak..
so,sama2 la kita gandakan pahala di tahun baru ni..:)
ye gandakan lagi! jgn asyik nak tambah dosa h0ccay!
(utk peringatan sendiri gak ni)

nway HAPPY NEW YEAR to all..!!
(poyo je nak capslock)
semoga hajat yg tak terlaksana di tahun lepas bisa terwujud di tahun twenty eleven ni..
Insya'Allah..
sehingga berjumpa lg di lain waktu di tempat yg sama..
bye! :D

03 September 2010

kemas kini!

Salam kasih sayang buat k0rang yg masih ingat padaku.. uhuk..uhukk...
pheww... korang nak tau, blog ni dah SETAHUN tak update... SETAHUN 0k!
anak pun sume dah bes0 sepanjang setahun tu...
dr yg pelat xleh bercakap.. dah lancar.. dari yg baru lahir... dah berjalan.. hihii... had0ii... lama gile!

ntah! hari ni ttiba m00d nak mem'bl0g' dtg.. hihii...
mungkin sbb encet asben perasan yg bl0g ni da setahun xupdate..
pastu gitau kat kte..
dan isterinya yg baru 'tersedar' ni, baru la hegeh2 nak cari masa yg sesuai...
nah! skrg sesuai la kot..anak3 tgh bermain2 tu.. hihii..

k0rang, next week kita da nak raya kan...
0wh, bestnya! lg best kalo dpt balik kampung.. huhu...
s0, persiapan raya korang sume camne...
kte tahun ni ala kadar je... baju pun tak berganti... huhu
anak3 je dpt baju baru...
kuih raya....??? ermm... tak buat pun...
takut nnt d0k mengadun... kene taram ngan cin0net 3 0rg ni je.. heh.
beli je la k0t2 ada jual kat ind0-market tu..
hihii... kuih tunjuk2 0rg kata ek...

0kla, nnt sambung balik yep...
skang nak siap2 berbuka dah.. h0ng k0ng bbuka awal sket... 6.45 pm dh s0ru..
tp hari ni kte brbuka sns0rang..erps.. xjugak s0rang... dgn anak3 ni jugak..
mlm ni ada merdeka recepti0n kat Shangri-La.. en.asben bbuka kat sana je..
s0, ta taa f0r n0w.... :)

24 November 2009

Update..!!

Assalamualaikum sume..
huhu..rasanya mcm dh bape kurun tak check blog saye ni..
dh la tak check..tak update plak tu..!!
harap sahabatku sekelian yg ada sihat & ceria2 selalu...
nurul & family di sini alhamdulillah..sihat walafiat...

mm..sepanjang tak update ni byk sangat cerita & perkara2 yg dilalui...
dr sehari ke sehari mmg rasa nak update...
tp hajat sentiasa tak kesampaian..
since dh tak pakai helper ni masa sntiasa tak cukup utk diri sendiri..huhu..
sadis jek dengar erk..!!hihii
apapun,dlm tak update tu nurul masuk2 gak blog korang..
dok baca2 citer..tp tak dan pun nak komen apa..sorry eh korang..

kejap je masa berlalu..diam tak diam baby Rayyan dh masuk 3bulan dh..
kat sini ada yg panggil bb Ray...
hahha..glemer le kunun..skang ni dia dh pandai gelak2..
suke kalo org dok sembang ngan dia..kak Tisya nya ada kat kampung..
esok baru dtg ngan opahnya..
tinggal ngan kak Feesa ni ha...aduhh...ya ampunnn....!!
terlebih nak melayan adiknya plak..
skang mak nya dh jadi mak tarzan..
pepagi dh dok jerit melolong tak mo feesa kaco adik nya..
suara pun dah xleh nak adjust tinggi rendah dh wei...hihiii

okla,nak pi rendam ayam dulu...time utk masak tghari dh ni..
lenkali sambung..wah2..manyak sibok cikalang..!!!huhu
sblm tu,ni nak up sket gambo terbaru Rayyan(dan maknyer..!!)heee




winter dh masuk..rayyan harus berbungkus cenggini..

kakak sorang lagik lom sampai lg..bertiga je la..huhu

18 September 2009

SALAM LEBARAN

Yuhuuu....!!!

gigih ku update kul 2 pagi nih..hihii..benonya saya baru je selesai packing2 barang..
Esok saya nak balik kampung...YEAYY..!!!
wah!bagus kan..esok pagi nak balik Malaya,jam ni baru nak kelam kabut!


Okela,just nak wish SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI buat kalian semua..
Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..sama ada yg disedari mahupun tidak..
Oleh itu,saya Pn Nurul ingin menyusun 10 jari yang cute miut ini memohon ampun dan maaf atas segalanya..daripada terkasar bahasa sehinggalah termakan minum..
Semoga Aidilfitri kali ni akan membawa seribu satu kemanisan dlm hidup kita semua.

Kepada mereka-mereka yg balik kampung tu,berhati-hati di jalan raya!

Oke,semoga berjumpa lagi lepas raya!..TATA..TITI..TUTU!!!..t__t

14 September 2009

SELAMAT HARI LAHIR NUR AUNI NAFEESA!

Semalam 13 September,genap la dua tahun usia anak Nurul yg ke dua..
kejap je masa berlalu!anakku dah pun masuk 2 thn..ada adik baru lagi..hihii
produktif betul mama ngan ayah kamu nih kan..t__t
manjee gitu anak mama ni!!
kakak & Nafeesa..
siang tu bawa Feesa jalan2,belikan serba sikit barang utk dia..
merah padam muka kwn tu berjalan tgh bahang panas.
kitorang tak sambut apa pun..nak party2 jauh lagi la..sbb ingat nak sambut kat rumah atuk & opah bila balik kampung nnt.

then malamnya pula dpt call dr aunty Rose nya suruh dtg rmh..
mak tak kira!dlm hujan lebat pun mak dtg jugak !(malam tu hujan lebat ok!!)
kebetulan hari lahir Nafeesa sama sehari dgn anak kawan kat sini..diorang pun ada sekali kat rumah aunty Rose nya..siap bawa kek ada gift utk Nafeesa lagik..
leh tak ingat pulak hari jadi Mira sama ngan Feesa..walhal tahun lepas sambut sekali jugak!!
berlenggang le jawapnya kami anak beranak dtg umah tu..hihii
apapun tima kasih bebanyak kat tuan rumah ye!sure kak Rose anak beranak baca punya ni kan??huhuhu..
mommy wif birhday girl!!
anyway,kesempatan ni aunty nurul juga nak wish a very2 happy birthday utk Mira yg cute!
birthday yg ke 5 kalau tak silap aunty..

untuk anak mama Nur Auni Nafeesa,mama ucapkan selamat hari lahir sayang!
semoga membesar menjadi anak yg mendengar kata..dan cemerlang dlm kehidupan kelak..
balik Msia nanti baru kita party2 eh!ahahaha...mak plak yg lebey!

13 September 2009

Kelahiran Yusuf Rayyan

Alhamdulillah syukur..god has answered our prayers utk dapatkan anak lelaki..
lepas ni saya dah boleh tutup kilang sekejap!..lalalalaa..t_t
ok!this entry,nak cerita pasal pengalaman saya bersalin...
SAKITTTT WOOOOOO!!!!!!!!!heheh
cuak plak mana2 mak yg nak bersalin tu!

It was 19th August 2009..

Malam tu dlm jam 9 ku dan hubby gerak gi Canossa Hospital..(dekat sgt ngan rmh)
pergi dgn membawa harapan menggunung kononnya aku boleh bersalin normal kali ni..
sesampainya,ku n hubby gi register for admission..we asked for single room..mestila kan!!
dapatla kami bilik 207!bilik yg sama masa aku bersalin Nafeesa 2thn lepas...
bilik yg sama jugak geng mak buyong ku kat sini duduk..hihii
agaknya mmg bilik for malaysian nak beranak kot..heee
then the nurse asked me utk buat CTG..ku pun ikut la bontot nurse yg jalan ala2 lenggang kankung tu masuk dlm satu bilik n did my ctg.
n alhamdulillah everything went ok with the baby!



sesambil wat ctg sambil snap pic sndiri!


then masuk bilik ku semula..tunggu nurse dtg untuk masukkn ubat..
ku ingat pg esoknya baru derang induce..rupanya malam tu jugak..
jantung mak dh berdegup2 masa tu!
pastu dlm kul 10 mlm,sorang bidan tu dtg la..dtg utk masukkan ubat..
disuruhnya ku tarik kain keatas n buka panties..huhuhu..mak ikut je dia suh buat!
diseluknya tang bawah tu sambil masukkn ubat..aiyarkk!!!!!!!(saje bikin suspen je ni!)hihiii
bidan tu kata lepas ni akan mula rasa sakit..tp tak la on the spot or right after tu..

muka selepas di'induce'..!!

Kemudian bermulalah....
chett!!xde hape pun aku rasa pastu..rasa biasa je..hihii
boleh layan cerita Stephen Chow lagik!
sepanjang malam tu lena mak tido ditemani suami terchenta taw..!!
hubby tido kat bawah le kan..tambah satu lagi katil bw masuk bilik.
tempoh berpantang hubby pun bermula la..kuang..kuang..kuangg...(selingan je!)

Beberapa jam kemudian...rasenya dlm pukul 4 pagi..
ku dh mula rasa sakit sikit2,contraction la tu kan...dh tentu kesan dr ubat tu.
masa tu dh tak boleh nak tido lena dh...sikit2 sedar bila sakit..
ku tgk hubby sedap lagi dibuai mimpi,malas ku nak kejut,biar aje dia rehat dulu.
membawa ke pukul 6 lebey..tetiba aku tersedar dan menjerit panggil ABANGGGGG!!!!!!!!
ARGHHHH!!!!SAKITTTTTT!!!!!!!!!!!!
korang tau kenapa!isk belum terberanak lagi la..masa tu ku terkena simpul biawak/mengkarung..eh!apa lagi ntah yg sebangsa ngan dia..haa tu dia..
hubby terkejut terus bangun dtg kat aku masa tu..
digosok perlahan betisku yg ala2 betis hippo tu..awww!!!
masa tu sakit wei...sakit sgt aku rasa..contraction dh rasa gak masa tu..
nak nangis pun ada..nasib suamiku setia menemani kat sebelah..
ada ke hubby ingat aku nak terberanak dah!hihiii

then nurse datang utk cek BP bagai la...ku cakap kat dia aku dh mula sakit..
pastu dtg sorang bidan buat VE kat aku...tp jln belum buka lg katanya..
oh mak!!kiranya bukan 3/4 kali derang seluk aku hari tu..
bila dia seluk tu ditusuk perabeh ke dalam..arrrggghhhh!!!!sakit kome wei!
bukan saje main-main aku cakap nih...

Then dalam pukul 9 pg,aku rasa sakit yg amat2 sakit..
sekejap2 datang..pastu hilang..pastu sakit lagi..sakit..sakit dan sakit...
ku tgk jam kat dinding dlm 5 minit sekali contractionnnya dtg..
ohh tak tahan dh..tekan bell panggil bidan datang..
diseluk lagi but still jalan tak bukak..aduh!!sob..sob!!
setengah jam kemudian..argghh!!xleh jadi..dh 2 minit sekali ni..dh makin kerap dh!
buat VE lg,but xde perubahan lansung!
my doc datang kemudiannya dan putuskan tunggu sampai pukul 12..
kalo jalan still xbukak2 kena c.sec la..tak nak amik risiko tunggu lelama..
bayangkn dr kul 9 nak tunggu ke kul 12..huh!!cntraction dh 2 minit sekali ni..
xleh jadi!ku mintak ubat tahan sakit.tu pun rasa cam tak jalan je ubatnya...
sbb sakit tu aku boleh rasa..bukan sakit biasa2 ni..

to cut it short,sampai nak dekat kul 1 pun still xde laluan lagi...
ate,cemane tuh?aku dh surrender xmo tunggu2 lg..kesian bb ku kat dlm perut..
jln terbaik operate la ku rasa..behtu dh induce..dh cntraction selang 2 minit..
nak masuk ubat apanya lagi..buat nyiksa aku ngan bb je..sob..sob!!
nurse2 tu pun siapkan la apa yg patut..dicucuknya aku tang sana tang sini!
menggigil ku masa tu..mata pun dh berair itu jam..hubby pun sama..merah je aku tgk matanya..
tak taw la masuk habuk ke..atau tak tahan tgk keadaan aku ke..

masa nak ditolak ke OT..!!mak leh senyum lg ok!hihii
kul 2 petang ku ditolak masuk ke OT...ku dibius separuh badan..
masa mereka2 itu buat keje aku sedar!sama la macam aku bersalin Nafeesa dulu..tak banyak beza masa operate tuh..
dan hubby tetap setia menemani aku pada saat itu..thanks sayang!
hubby siap record video lagi masa doc tarik bb kuar dr perut aku masa tu..hihii
kemudiannya dalam pukul 3.05 pm lahirla bb boy yg ku dan suami nanti2 selama ni..

Alhamdulillah..akhirnya semua selamat!!
betapa terharunya aku rasa bila tengok anak yg baru dilahirkan tu...
Terima kasih Ya Allah!Kau telah anugerahkan kpd kami seorang anak yg sihat dan sempurna sifatnya..Alhamdulillah..

11 September 2009

Our New Bundle of Joy!

Alhamdulillah..selamat dh sumenya..
bkn baru,dh half way pantang pun nurul ni..la ni baru terkedek2 nk buat entry ni ha..
first few weeks sibuk nak settle down..
mak ngan ayah pun dtg nun dr sana..tunggu cucunya nak keluar le katakan..

almost 3 weeks dh xngadap blogku ini...rindu nak berblogging!
korang sume camne...??sihat??
selamat berposo pd kalian sume eh..err.still leh wish lg rite?
nurul oke je..skang dh brtambah sihat adanya..

entry ni nurul just nk upload gamba anakanda kami yg baru je..
sessi suai kenai dulu..boley??heee...
ye la..harus la kan kenal2 dulu pd mokcik2 & pokcik2 dia kat sini ye dok!
urm..sblm ni time si kecik ni dlm peyut just calling2 Ahmad!
ok!identiti sebenar empunya diri akan diberitahu..
AND NOW,
I would like to introduce my son Muhammad Yusuf Rayyan b Mohd Fadzle.



hello..i'm Yusuf Rayyan!

Muhammad Yusuf Rayyan telah dilahirkn pd 20 Ogos 2009 throught cesarean..
his weighs 3.42 kg with length of 49.5..as to date..dia dh almost 4 kg...
yez!this time dibedah jugak..nnt la mak story mory kat lain entry ye..
kita cuci2 mata layan gambo dulu ok!...heheh.

beberapa minit setelah dilahirkan..

thanks to kak Rose & family yg dtg melawat!

three of us!

ayah dh ada geng sekarang!hihii

mama jugak yg kasik!..lalalala..!!;p

P/S: We would like to thank everyone for ur wishes,visits & gifts..they meant a lot to us!Thank you!